Thursday, 22 October 2015

Berbulu

Pernah menjadi tumpuan masyarakat dunia suatu ketika dahulu kerana keunikannya, Harnaam Kaur kini sudah berumah tangga dan membuktikan dia juga mampu hidup normal seperti wanita-wanita lain.

Dia yang menghidap sindrom ovari polisistik selama bertahun-tahun telah mencuba pelbagai kaedah demi membuang janggut dan bulu di wajahnya, namun ternyata usahanya gagal.

Harnaam juga pernah dibuli di laman-laman sosial kerana penyakit yang dihidapinya itu.

Wanita yang berasal dari Slough, England itu akhirnya redha dengan keadaan dirinya dan tidak lagi mencederakan diri semata-mata mahu tampil seperti wanita normal

0 comments :

Post a Comment