Friday, 23 October 2015

Pengantin

#Pada 10 Oktober lalu kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan yang melibatkan rombongan pengantin yang mengorbankan 4 nyawa termasuk pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, ibu dan adik-adik pengantin perempuan.

#Sementara itu, Noraliza, 18, cedera parah tidak sedarkan diri selepas berlaku pendarahan didalam kepala, tangan dan paha kirinya patah telah dikejarkan ke hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

#Semasa kemalangan rombongan pasangan pengantin berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri dan sambut menantu.

#Terkini, berita gembira apabila selepas 2 minggu Norliza telah pun sedarkan diri selepas beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadapnya.

#Beliau kini sudah mampu mengukirkan senyuman di wajahnya, tetapi untuk pengetahuan semua dia sehingga kini belum dimaklumkan yang di telah kehilangan orang tersayang,



#Menurut saudaranya, Norliza kini masih tidak dapat bercakap berikutan masih belum sembuh bekas kesan pembedahan di bahagian leher menyebabkan dia tidak dapat bertanya tentang suaminya dan keluarganya masih merahsiakan buat sementara waktu kerana tidak mahu memberikan tekanan kepadanya yang baru sedarkan diri.

#Apapun, mari bersama-sama sahabat Siakapkeli semua kita berdoa supaya Norliza kuat untuk menghadapi semua ini dan tabah lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui orang tersayang telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Thursday, 22 October 2015

Ayu

Wajah sebenar di sebalik watak Ayu 20 sen dalam filem Bujang Lapuk , Ayu kini sudah bergelar nenek.

watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.

Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.

Disebabkan saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan terus memberi persetujuan.

Adegan pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan restoran tersebut.

“Hanya selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian, barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju seperti dalam filem itu," katanya.

Ayu menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog akibat mengantuk.

“Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus. Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah," katanya.

Bagaimanapun tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.

“Saya duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan ketika berlakon," katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Berbulu

Pernah menjadi tumpuan masyarakat dunia suatu ketika dahulu kerana keunikannya, Harnaam Kaur kini sudah berumah tangga dan membuktikan dia juga mampu hidup normal seperti wanita-wanita lain.

Dia yang menghidap sindrom ovari polisistik selama bertahun-tahun telah mencuba pelbagai kaedah demi membuang janggut dan bulu di wajahnya, namun ternyata usahanya gagal.

Harnaam juga pernah dibuli di laman-laman sosial kerana penyakit yang dihidapinya itu.

Wanita yang berasal dari Slough, England itu akhirnya redha dengan keadaan dirinya dan tidak lagi mencederakan diri semata-mata mahu tampil seperti wanita normal

Baru nak start VAPE??? Jom Tinggalkan Rokok!

Vape

Assalamualaikum w.b.t. semua. :)

VAPE/VAPING, yang kini menjadi trend kepada mereka yang dahulunya perokok analog (tembakau) tegar beralih arah ke rokok electronik atau lebih dikenali sebagai e-cigs atau vaping.

Ramai juga orang dah biasa kuat merokok nih cuba-cuba untuk beralih ke dunia vaping, dan Alhamdulillah ada yang terus tinggalkan rokok tembakau dan teruskan vaping, namun ada juga kembali ke rokok analog kerana memberi alasan tekak rasa tak sesuai, liquid terlalu keras atau terlalu lembut atau feelnya tak sama seperti rokok. Dalam masa yang sama ada juga yang bagi bermacam-macam tips dan teori untuk mula vaping.

Alhamdulillah So far dah 3 tahun saya tinggalkan rokok analog semenjak beralih ke dunia vaping nih. Tips ringkas ini hanyalah berdasarkan dari pengalaman saya:

1. TAK PERNAH VAPE? CAMNER NAK START?

Kawan saya yang introduce dekat saya pasal VAPING nih. Mod yang pertama adalah “EgO C-Twist”. Kemudian, kawan saya bagi saya test vape liquid 70/30 & 50/50 (PG/VG) dan  dari range 0mg sampailah ke 12mg nico, sampai saya dapat rasa mana yang sesuai dengan tekak (throat hit). Pada masa nih saya tak terlalu memilih dari segi rasa flavor, tapi yang saya pentingkan adalah “throat hit” (feel macam isap rokok masa kita tarik lepas sedut). Cuba punya cuba, saya dapati 50/50 (PG/VG), 12mg sesuai untuk tekak saya, kemudian baru saya pilih jenis PERISA yang saya nak.

Ada beberapa “vaperz” yang cuba bagi tips “kalau ko dulu kuat merokok, ko start je dengan 12mg atau 18mg terus”… Lepas tu ada yang terbatuk, tersedak, komplen lagi semput dan sakit tekak atau sebagainya. Sekarang ada macam-macam jenis E-liquid di pasaran dari 0 nico sampailah ke kandungan paras nico ikut kehendak tekak korang.

TIPS BERMULA: Jumpa member yang dah biasa vape atau terus ke kedai vape berdekatan (search “VAPE” “VAPING” “VAPOR” kt FB melambak2) untuk cuba VAPE anda yang pertama.

1. Buat permulaan, pilih MOD dan TANK yang sesuai dan mudah dipasang dan tidak merumitkan (plug and play) cth: egrip, subtank, egoOne dan sebagainya. Selepas memilih mod dan tank anda, pelajari betul2 macammana nak guna. Sesetengah kedai ada tester sblom anda membeli.

2. Setiap kedai vape perlu ada Liquid range nico dari 0mg hinga paras tertentu untuk dicuba oleh orang yang baru nak vape. Test liquid start dari 70/30, 50/50, 0mg dahulu, sampai anda rasa jenis paras “mg” nico yang sesuai untuk tekak anda. Kemudian baru pilih flavor mengikut kesedapan tekak anda. (paras “mg” nicotine, rasa kekerasan mungkin sedikit berbeza antara satu jenama dan jenama yang lain)

3. Pastikan Barangan VAPE anda sentiasa dalam keadaan bersih. Simpan battery di tempat yang selamat. Lebih baik simpan dalam battery case. Kalau simpan dalam vape pouch,  jangan campur battery dengan logam ataupun kanthal di tempat yang sama. TERBAKAR PULAK NANTI!!!

4. Jika selepas 2-3 hari liquid di dalam tank anda berubah warna (menjadi keruh), ini mungkin disebabkan tank anda terdedah dengan panas atau pun liquid yang mengandungi sweetener terlalu tinggi dan coil anda menjadi gunk (berkerak). Ini adalah perkara biasa. Kalau masa hisap tu rasa dah lain, dah tak sedap, kalau tak pandai servis sendiri, minta kawan-kawan yang pandai servis tank atau ke kedai je terus mintak diorang serviskan. Tapi bayaran biasanya dikenakan.

INGAT: Sekarang sudah banyak barang-barang vape yang original dan murah untuk dimiliki di pasaran. Ada juga barangan clone yang mungkin berkualiti di pasaran, namun ada juga kebanyakannya tidaklah terjamin dari segi kualiti dan keselamatan penggunaannya. (short circuit, berkarat dsbnya).

BUDGET ESTIMATION FOR FIRST TIME VAPING:
MOD & TANK, LIQUID + XTRA SERVICE/STUFF/ACCECORIES = RM200-RM300

Kemudian pelajari ini perlahan-lahan. Tak semua perkara kita boleh faham dan pandai dalam masa satu hari.

2. FAHAMI TENTANG E-LIQUID.

Pelbagai jenis e-liquid dan paras nico.
Pelbagai jenis e-liquid dan paras nico.
Ketahui jenis ratio PG (Propelyne Glycol)/VG (Vegetable Glyeceryn), tahap paras nico (mg), jenis kandungan e-liquid. Ada sebahagian e-liquid punyai kandungan acidic dan alcohol (biasanya produk import), ada yang jenis perisa buah-buahan (fruity base) atau ala-ala cigar (tobacco base), ada yang biasa dan ada juga yang sejuk, ada juga liquid yang boleh menyebabkan coil gunk (berkerak) kerana terlebih sweetener, atau boleh menyebabkan tank anda retak! Ada liquid yang berubah rasanya atau warnanya. Ada juga liquid yang terlalu cepat sangat habisnya, ada juga yang terpaksa dibuang begitu sahaja…. errr… kenapa yer???

Jangka hayat liquid kebiasaannya adalah dalam masa 1 tahun. Simpan di tempat suhu bilik dan jangan biar terdedah dengan panas, cahaya matahari,  serta jangan biarkan e-liquid terdedah tanpa penutup terlalu lama. Ini akan mengubah, menghilang atau merosakkan e-liquid anda.

Ada juga sesetengah orang mengalami alergic/alahan pada e-liquid yang punyai kandungan PG (Propelyne Glycol).

3. FAHAMI TENTANG MOD ANDA

VV Mod

VV Mod with LED

Mechanical Mods

VV/VW DNA 20-40watt Mod

Build in atomizer

Baik samaada jenis “Mechanical” (sleeve/box and battery) atau jenis Variable Voltage/Watt (with or without LED Screen), ketahui camner nak jaga mod, nak mantain quality performance, penggunaan battery yang sesuai dan seumpamanya. Ada juga MOD yang dah siap dengan TANK atau Build in atomizer.

4. FAHAMI SISTEM TANK ANDA.

Dripper

Dripper

Kanger Subtank Mini

Kanger Subtank Mini

Recoil with Silica Wick

X-One by JEMIT -MALAYSIAN PRODUCT

Ada macam-macam jenis tank yang ada sekarang nih seperti, Replaceable Carto, Genesis Type, RDA – Rebuildable dripping atomizer (The, Origen, Magma, Veritas, Tugboat, Plume Veil, 454, Vulcan, CLT), RTA – Rebuildable tank atomizer (Taifun GT, sQuape and Fogger, Kayfun). Pelajari Positive dan Negative pole/connection, Jenis coil, wire kanthal dan jenis-jenisnya, wick (silica, cotton), standard recoil, ohm reading, brapa power yang sesuai untuk fire bagi yg memakai mod jenis VV/VW, kenapa tank panas, kenapa mod panas, short circuit, coil gunk, hangit, hot-spot, tank kaca/plastik retak masa vape dan sebagainya.

Bagi yang baru bermula, RAJIN2 pelajari dan research di youtube cara untuk recoil dan cara penjagaan tank serta mod anda. Adalah lebih baik anda berusaha untuk recoil tank anda sendiri daripada upah kedai kerana ada sesetengah peniaga mengenakan caj yang mahal hanya untuk mencuci dan recoil tank anda.

ADVANCED STAGE:
5. BELAJAR CARA BUAT E-LIQUID SENDIRI!

Tutorial, Recipe dan Tips buat e-liquid… akan datang!!!

6. MAKE CUSTOM MECHANICAL or VV/VW MOD

Saya bukan sifoo, hanya sekadar berkongsi apa yang saya tahu…

Wednesday, 14 October 2015

[AL-FATIHAH] Remaja OKU, Adik Muhammad Firdaus Dullah MENINGGAL DUNIA Akibat.........


Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan sebentar tadi.

GEMPAR!! INILAH PUNCA UTAMA PERSONALITI TERKENAL TV3 TINGGALKAN MEDIA PRIMA. SIAPA SANGKA YANG ......

#Pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).

#Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro....

#Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.....

#Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.

#Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

#Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

Fesyen Nur Fathia Di tegur Netizen kerana Tidak Pandai Menjaga Kebersihan Diri? (3 foto)

Apa sahaja yang dipakai oleh artis kita pasti menjadi perhatian.

Terbaru, foto fesyen Nur Fathia ini ditegur kerana tidak pandai menjaga kebersihan diri.

Mungkin kerana panas dek lampu limpah yang banyak ketika menghadiri satu anugerah, ketiak Nur Fathia basah sehingga menimbulkan persoalan di kalangan peminat.

Kalau dah tahu penampilan pada malam itu akan mengundang perkara-perkara seperti ini. Nur Fathia sepatutnya mengelakkan untuk mengenakan pakaian yang diperbuat daripada fabrik plain atau yang tanpa lengan.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada Nur Fathia.