Saturday 7 November 2015

“Saya Baiki Diri Saya Sebagai Doktor” – Doktor Handsome, Say Shazril Mohon Maaf

#Semenjak doktor kacak ini menjadi viral, ada pihak yang memberi tanggapan negatif terhadap dirinya. Terutamanya apabila ramai wanita hamil yang sanggup ‘kangkang’ kerananya.
Oleh itu, Dr. Say Shazril Shaharuddin tampil memberikan penjelasan dan mohon maaf secara terbuka terbuka melalui laman Instagram miliknya.

#“Saya Baiki Diri Saya Sebagai Doktor” – Doktor Handsome, Say Shazril Mohon Maaf
“Saya Baiki Diri Saya Sebagai Doktor” – Doktor Handsome, Say ShazrilMohon Maaf
“sye bukan lah seorang doktor pakar sakit puan, sye hanyelah seorang pegawai perubatan”
Dalam kenyataan tersebut, Say Shazril menjelaskan pekerjaannya yang sebenar bukanlah seperti yang dianggap oleh netizen sebelum ini.

#Assalamualaikum & a very good evening everyone.

#Pertama kalinye, sye ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat & teguran yg diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini.

#Mmg tidak sye sangke perjumpaan di hot.fm isnin lepas akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Wlpn ade komen2 yg rata2 berbaur kurang enak untuk didengar, buang yg keruh, ambil yg jernih, komen itu boleh diambil sebagai pengajaran untuk sye perbaiki diri sye as a doctor & as a person.

#Kesimpulannye, sye hanyelah manusia biase yg x lepas dr melakukan kesilapan & sye memohon maaf sekiranye sye ade menyinggung mana2 pihak.

#And to clear off d air, sye bukan lah seorang doktor pakar sakit puan, sye hanyelah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan.

#Sumber : Instagram say_shazril

Friday 23 October 2015

Pengantin

#Pada 10 Oktober lalu kita dikejutkan dengan satu kejadian kemalangan yang melibatkan rombongan pengantin yang mengorbankan 4 nyawa termasuk pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, ibu dan adik-adik pengantin perempuan.

#Sementara itu, Noraliza, 18, cedera parah tidak sedarkan diri selepas berlaku pendarahan didalam kepala, tangan dan paha kirinya patah telah dikejarkan ke hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

#Semasa kemalangan rombongan pasangan pengantin berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki untuk majlis kenduri dan sambut menantu.

#Terkini, berita gembira apabila selepas 2 minggu Norliza telah pun sedarkan diri selepas beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadapnya.

#Beliau kini sudah mampu mengukirkan senyuman di wajahnya, tetapi untuk pengetahuan semua dia sehingga kini belum dimaklumkan yang di telah kehilangan orang tersayang,



#Menurut saudaranya, Norliza kini masih tidak dapat bercakap berikutan masih belum sembuh bekas kesan pembedahan di bahagian leher menyebabkan dia tidak dapat bertanya tentang suaminya dan keluarganya masih merahsiakan buat sementara waktu kerana tidak mahu memberikan tekanan kepadanya yang baru sedarkan diri.

#Apapun, mari bersama-sama sahabat Siakapkeli semua kita berdoa supaya Norliza kuat untuk menghadapi semua ini dan tabah lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui orang tersayang telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.