Saturday, 17 January 2015

GAMBAR: Gadis Minah Saleh Cantik bertudung Bekerja Di Kedai Roti Canai Tarik Perhatian Ramai

Pelaris besar nampaknya Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.

Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.

Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah. Dia hanya akan datang bekerja di hari cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Menurut Chantal Viola, "Ketika bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama." katanya.

Kalau Macam Ini Pakai Pergi Sekolah Memang Patut Cikgu Halau Balik

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang tidak dibenarkan masuk kelas di sebuah sekolah di Cheras kerana beliau bukan Melayu.

Bagaimana pun pihak sekolah tersebut telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut dengan mereka tidak menghalang pelajar bukan Melayu atau Islam mengenakan baju kurung ke sekolah tetapi mestilah kena dengan caranya iaitu memakai pakaian dalam untuk mengelakkan terlihat perkara yang tidak diingin ni.

Hari ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.

Kalau dengan pemakaian  pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.

Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.

Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.

Kisah Sebenar Disebalik Murid Beg Sekolah Kotak

KUALA LUMPUR: Dek kerana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini, satu gambar seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak yang menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp baru-baru ini di salah ertikan.

Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.

Tetapi seorang pengguna Facebook, Rozali Salleh, tampil memberikan kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Menurut Rozali Salleh, gambar itu sebenarnya diambil pada hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah di Sabah. Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia.

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.

Epal Jenis Gala, Granny Smith Disekat Masuk ke Malaysia?

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sekatan dilakukan setelah notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya memetik laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik kesemua epal jenis itu yang sudah berada di pasaran Malaysia kerana isu ini melibatkan soal pemakanan yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Selain itu, sebuah portal asing melaporkan penularan bakteria tersebut dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros, Bakersfield, California yang melibatkan epal yang disaluti dengan karamel.

Listeriosis adalah jangkitan baketeria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang.